| BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI | |||||||||||||||
| Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. | |||||||||||||||
| Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). | |||||||||||||||
| Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. | |||||||||||||||
| SYARAT-SYARAT PERMOHONAN | |||||||||||||||
| 1. | Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : | ||||||||||||||
| 1.1 | 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) | ||||||||||||||
| 1.2 | 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama | ||||||||||||||
| 1.3 | 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma | ||||||||||||||
| 2. | Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja. | ||||||||||||||
| 3. | Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain semasa permohonan dibuat. | ||||||||||||||
| 4. | Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi / berpendapatan tetap. | ||||||||||||||
| 5. | Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. | ||||||||||||||
| 6. | Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu : | ||||||||||||||
| 6.1 | Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT. | ||||||||||||||
| 6.2 |
| ||||||||||||||
| 7. | Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan. | ||||||||||||||
| ELAUN DAN KEMUDAHAN | |||||||||||||||
| 1. | Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT. | ||||||||||||||
| 2. | Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. | ||||||||||||||
| 3. | Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan. | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| 4. | Perlindungan Insuran Sukan dan Kad Perubatan | ||||||||||||||
| KAEDAH PERMOHONAN | |||||||||||||||
| 1. | Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 15 Mac sehingga 30 Mac 2017. | ||||||||||||||
| 2. | Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di urlhttps://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/ | ||||||||||||||
| 3. | Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA. | ||||||||||||||
| 4. | Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 28 April 2017 (Jumaat) jam 4.00 petang dan tarikh Temuduga adalah pada 25 Mei 2017 (Khamis). | ||||||||||||||
| 5. | Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. | ||||||||||||||
| 6. | Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan. | ||||||||||||||
| PERTANYAAN | |||||||||||||||
| Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi : | |||||||||||||||
| BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6, PRESINT 5, 62200 W. P. PUTRAJAYA (u.p. : Encik Rizam Bin Rahmat / Puan Nurulhuda Binti Mohd Akhir) Tel : 03-8870 6142 / 6581 Faks : 03-8870 6824 Emel : rizam@mohe.gov.my / huda@mohe.gov.my
*Waktu pejabat SAHAJA [8.:30 pagi hingga 4:30 petang]
| |||||||||||||||
Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...
Ulasan
Catat Ulasan