Darwish dan Darwisya dengan aktiviti Rock Climbing Saya cuba untuk membesarkan anak saya supaya mereka kuat dari segi mental dan fizikal. Mukmin yang paling disayangi Allah adalah mukmin yang kuat. Mahu anak kita lebih disayangi Allah dari anak orang lain? Maka latihlah mereka supaya jadi kuat fizikal, mental dan spiritual. Tubuh yang sihat memberi kesan kepada minda. Mereka tahan lasak dan tidak mudah penat. Dari umur mereka masih kecil mereka telah dikenalkan dengan pelbagai jenis sukan. Sukan renang mereka telah kuasai hingga ke peringkat pertandingan. Horse riding telah mereka kuasai hingga ke peringkat cantering level. Dua sukan ini asas untuk sukan lain. Setelah itu mereka mencuba badminton, ice skating, bowling dan golf. Akhirnya mereka memilih untuk fokus dalam sukan golf. Walau bagaimana pun saya selalu pesan jangan tinggal 2 sukan sunnah ini iaitu sukan renang dan berkuda. Ini kerana ianya adalah ubat untuk apa-apa sukan lain. Jika seseorang itu hanya berla...