Langkau ke kandungan utama

Mukmin yang paling disayangi Allah adalah mukmin yang kuat

Darwish dan Darwisya dengan aktiviti Rock Climbing Saya cuba untuk membesarkan anak saya supaya mereka kuat dari segi mental dan fizikal.

Mukmin yang paling disayangi Allah adalah mukmin yang kuat. Mahu anak kita lebih disayangi Allah dari anak orang lain? Maka latihlah mereka supaya jadi kuat fizikal, mental dan spiritual.

Tubuh yang sihat memberi kesan kepada minda. Mereka tahan lasak dan tidak mudah penat.
Dari umur mereka masih kecil mereka telah dikenalkan dengan pelbagai jenis sukan.  Sukan renang mereka telah kuasai hingga ke peringkat pertandingan. Horse riding telah mereka kuasai hingga ke peringkat cantering level. Dua sukan ini asas untuk sukan lain. Setelah itu mereka mencuba badminton, ice skating, bowling dan golf.

Akhirnya mereka memilih untuk fokus dalam sukan golf. Walau bagaimana pun saya selalu pesan jangan tinggal 2 sukan sunnah ini iaitu sukan renang dan berkuda. Ini kerana ianya adalah ubat untuk apa-apa sukan lain. Jika seseorang itu hanya berlatih untuk satu sukan sahaja, kecenderungan untuk jatuh sakit kerana menggunakan 'muscle group' yang sama setiap hari adalah tinggi. Contohnya dalam sukan golf, berapa ramai pemain golf terkenal dunia dan juga yang biasa-biasa yang kita panggil social golfer yang mempunyai masalah sakit belakang? Pemain no. 1 dunia, Tiger Woods, telah melakukan operasi yang berkaitan sakit belakangnya sebanyak 14 kali!

Kajian sains telah membuktikan bahawa menunggang kuda adalah terapi untuk saraf tunjang dan juga tulang belakang. Ritma kuda yang berjalan atau berlari menghentak tubuh kita secara alami, secara tidak langsung akan membetulkan tulang belakang dan merangsang saraf tunjang secara lembut.

Berenang pula adalah satu sukan yang telah menyembuhkan masalah paru-paru anak saya Darwish dengan izin Allah. Dia pernah dimasukkan ke hospital 3 hari kerana masalah ini. Alhamdulillah ianya cuma satu sejarah satu ketika dulu.



Ayat hadis yang tepatnya adalah “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada mukmin yang lemah.”

Maka tidak hairan kenapa saya mahu anak saya kuat dan lasak berbanding dengan rakan sebayanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BLOG PERJALANAN HOMESCHOOL KAMI DENGAN OBJEKTIF MEMBINA POTENSI ANAK

Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...

Golf & Peluang Biasiswa Untuk Pelajaran Anak

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : 1.1 45 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Pertama 1.3 25 tahun  bagi pengajian di peringkat  Diploma ...

Bermula Pada Umur 4 tahun - Natasha Onn

SEAWAL usia empat tahun, Natasha Onn, 14, sudah boleh memukul bola golf dengan begitu bertenaga. Potensi itu disedari ayahnya, Samuel Oon, 52, dan bakat semula jadi anak itu diasah sehingga dikenali sebagai antara pemain golf berbakat dan termuda negara. Buktinya, Natasha kini sudah merangkul pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Berikutan kecemerlangan dalam akademik dan bidang kesukanan dipelopori, beliau mendapat tajaan Yayasan Sime Darby, Pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka di Damansara ini bertuah kerana pernah menjalani latihan di Institut Golf Tim Shreedy, Florida, Amerika Syarikat. Amat membanggakan, daripada 20 kejohanan disertainya, 10 kemenangan berjaya digondol. Pada Mei tahun lalu, beliau dicalonkan sebagai atlit tahunan oleh Majlis Sukan Negara dan menjuarai Junior Honda Classics 2016 di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut merangkul kejuaraan, The Callaway Junior World dan The World Junior Masters. Gadis tinggi lampai ini aktif dalam...