Langkau ke kandungan utama

Bermula Pada Umur 5 tahun - Nur Shakiratul Nisaa'








Golf biasanya dikaitkan dengan golongan elit kerana sukan itu memerlukan kos dan pembiayaan yang tinggi.
Bagaimanapun, Nur Shakiratul Nisaa' Shahirul Anuar, 9, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, membuktikan dia mampu melakukan yang terbabik dalam sukan itu.
Dia bukan sahaja mampu menguasai sukan elit itu, malah lebih penting boleh berbangga kerana anak kampung sepertinya mampu mencatat pencapaian cemerlang dalam kejohanan besar.
Kejayaan itu dicapai oleh Nur Shakiratul Nisaa' yang juga anak bongsu daripada lima beradik bukan melalui latihan intensif atau kelas golf yang khusus, sebaliknya hasil latihan sendiri dengan dibimbing bapanya, Shahirul Anuar Ishak, 52, pesara wardar Penjara Kajang, di kawasan lapang di belakang rumah mereka di Kampung Kuala Muda, dekat Padang Matsirat, di sini.
Atas minat dan kegigihannya, Nur Shakiratul Nisaa' yang mula mencatat kejayaan di peringkat daerah tahun lalu, sebelum mula mendaki pelbagai kecemerlangan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan kini berazam muncul juara golf dunia dalam kategori remaja dalam tempoh lima tahun akan datang.

PEMAIN golf cilik, Nur Shakiratul Nisaa' Shahirul Anuar berlatih di belakang rumahnya memukul 300 biji bola satu sesi latihan. - Foto Hamzah Osman
Malah, Nur Shakiratul Nisaa' yang juga anak bongsu daripada lima beradik kini disenarai antara pemain yang mengungguli Sirkit Golf Remaja Kedah (SGRK) yang berlangsung di Kelab Golf Cinta Sayang di Sungai Petani, tahun lalu selepas meraih dua juara, satu naib juara dan tiga tempat ketiga dalam enam siri yang disertai.
Nur Shakiratul Nisaa' mula berjinak dengan sukan golf sejak berusia lima tahun dan pada peringkat awal, dia hanya sekadar suka-suka kerana mengikuti tiga kakak dan seorang abang untuk membuat latihan golf di belakang rumah dengan bimbingan ayah mereka.
"Mula-mula saya main suka-suka, tetapi lama-kelamaan makin minat selepas saya mula rasa seronok lebih-lebih lagi selepas muncul johan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi untuk kategori bawah 12 tahun.
"Pengalaman paling berguna bagi saya ketika pertama kali beraksi bersama pemain luar negara sepanjang mewakili negara ke Kejohanan Golf Kanak-kanak Sedunia 2015 di Johor Bahru.
"Pada kejohanan itu saya menduduki tempat kelima di belakang peserta Thailand yang mengungguli tempat pertama sehingga ketiga, manakala peserta Afrika Selatan di tempat keempat," katanya.

NUR Shakiratul Nisaa' dibimbing bapanya, Shahirul Anuar Ishak. - Foto Hamzah Osman
Bagi menajamkan kemahirannya memukul bola, Niza berlatih antara dua hingga tiga jam sehari dengan memukul lebih 300 bola pada jarak 45 meter di belakang rumahnya.
Dia beruntung kerana memilik ibu bapa yang memahami minatnya dalam sukan golf, malah mereka sanggup berkorban wang, masa dan tenaga untuk memastikan dirinya berjaya.
Berikutan kekurangan sumber kewangan dan kemudahan, pemain cilik itu berlatih di padang rumput belakang rumahnya sambil diawasi ayah yang sesekali memberi nasihat dan kata-kata semangat.
"Ayah tidak pandai bermain golf, tetapi dia sanggup berdiri berjam-jam lamanya menemani saya berlatih memukul bola golf di belakang rumah," katanya yang bakal menyertai kejohanan golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK) di Sungai Petani, Kedah minggu depan.
Nur Shakiratul Nisaa' berkata, antara pemain golf wanita terkemuka dunia yang menjadi idolanya ialah Lorena Ochoa dari Mexico, Holly Sonders dan Michelle Wie dari Amerika Syarikat. 

ANTARA hadiah yang pernah dimenanginya. - Foto Hamzah Osman
Sementara itu, Shahirul Anuar ketika ditemui mengakui ada ketikanya dia dan isteri, Narizan Bulat, 48, terpaksa memohon bantuan pelbagai opihak dan individu bagi memastikan anak bongsunya itu dapat menyertai kejohanan golf.
"Setiap kejohanan golf peringkat negeri dan kebangsaan memerlukan perbelanjaan besar, termasuk urusan pengangkutan, penginapan dan yuran penyertaan yang jumlahnya bukan sedikit.
"Ada ketikanya saya dan isteri terpaksa tebal muka untuk berjumpa pihak tertentu memohon sumbangan dan ini adalah pengorbanan kami untuk memastikan dia berjaya," katanya.
Beliau berkata, untuk tahun ini beliau merancang program latihan berterusan untuk memastikan anaknya itu menduduki tiga tempat teratas dalam kejohanan golf yang disertai.
"Memang dia bersemangat tinggi dan berazam untuk muncul juara dalam kejohanan golf peringkat dunia yang disertainya dalam tempoh lima tahun akan datang, berdasarkan semangat dan kesungguhan ketika melihat dia berlatih setiap petang, rasanya impian itu bukan satu angan-angan kosong dan saya yakin dia boleh melakukannya," katanya.
Tambahnya, bagi memastikan anak bongsunya itu memperoleh ilmu bermain golf yang betul, beliau turut melanggan saluran golf di stesen televisyen berbayar.


============================
Golf biasanya dikaitkan dengan golongan elit kerana sukan itu memerlukan kos dan pembiayaan yang tinggi.

Bagaimanapun, Nur Shakiratul Nisaa' Shahirul Anuar, 9, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, membuktikan dia mampu melakukan yang terbabik dalam sukan itu.

Dia bukan sahaja mampu menguasai sukan elit itu, malah lebih penting boleh berbangga kerana anak kampung sepertinya mampu mencatat pencapaian cemerlang dalam kejohanan besar.

Kejayaan itu dicapai oleh Nur Shakiratul Nisaa' yang juga anak bongsu daripada lima beradik bukan melalui latihan intensif atau kelas golf yang khusus, sebaliknya hasil latihan sendiri dengan dibimbing bapanya, Shahirul Anuar Ishak, 52, pesara wardar Penjara Kajang, di kawasan lapang di belakang rumah mereka di Kampung Kuala Muda, dekat Padang Matsirat, di sini.

Atas minat dan kegigihannya, Nur Shakiratul Nisaa' yang mula mencatat kejayaan di peringkat daerah tahun lalu, sebelum mula mendaki pelbagai kecemerlangan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan kini berazam muncul juara golf dunia dalam kategori remaja dalam tempoh lima tahun akan datang.
ur Shakiratul Nisaa' mula berjinak dengan sukan golf sejak berusia lima tahun dan pada peringkat awal, dia hanya sekadar suka-suka kerana mengikuti tiga kakak dan seorang abang untuk membuat latihan golf di belakang rumah dengan bimbingan ayah mereka.

Bagi menajamkan kemahirannya memukul bola, Niza berlatih antara dua hingga tiga jam sehari dengan memukul lebih 300 bola pada jarak 45 meter di belakang rumahnya.

Dia beruntung kerana memilik ibu bapa yang memahami minatnya dalam sukan golf, malah mereka sanggup berkorban wang, masa dan tenaga untuk memastikan dirinya berjaya.

Berikutan kekurangan sumber kewangan dan kemudahan, pemain cilik itu berlatih di padang rumput belakang rumahnya sambil diawasi ayah yang sesekali memberi nasihat dan kata-kata semangat.

"Ayah tidak pandai bermain golf, tetapi dia sanggup berdiri berjam-jam lamanya menemani saya berlatih memukul bola golf di belakang rumah," katanya

Sementara itu, Shahirul Anuar ketika ditemui mengakui ada ketikanya dia dan isteri, Narizan Bulat, 48, terpaksa memohon bantuan pelbagai opihak dan individu bagi memastikan anak bongsunya itu dapat menyertai kejohanan golf.

"Setiap kejohanan golf peringkat negeri dan kebangsaan memerlukan perbelanjaan besar, termasuk urusan pengangkutan, penginapan dan yuran penyertaan yang jumlahnya bukan sedikit.

"Ada ketikanya saya dan isteri terpaksa tebal muka untuk berjumpa pihak tertentu memohon sumbangan dan ini adalah pengorbanan kami untuk memastikan dia berjaya," katanya.

Beliau berkata, untuk tahun ini beliau merancang program latihan berterusan untuk memastikan anaknya itu menduduki tiga tempat teratas dalam kejohanan golf yang disertai.

"Memang dia bersemangat tinggi dan berazam untuk muncul juara dalam kejohanan golf peringkat dunia yang disertainya dalam tempoh lima tahun akan datang, berdasarkan semangat dan kesungguhan ketika melihat dia berlatih setiap petang, rasanya impian itu bukan satu angan-angan kosong dan saya yakin dia boleh melakukannya," katanya.

Tambahnya, bagi memastikan anak bongsunya itu memperoleh ilmu bermain golf yang betul, beliau turut melanggan saluran golf di stesen televisyen berbayar


https://www.bharian.com.my/node/126478

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BLOG PERJALANAN HOMESCHOOL KAMI DENGAN OBJEKTIF MEMBINA POTENSI ANAK

Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...

Golf & Peluang Biasiswa Untuk Pelajaran Anak

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : 1.1 45 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Pertama 1.3 25 tahun  bagi pengajian di peringkat  Diploma ...

Bermula Pada Umur 4 tahun - Natasha Onn

SEAWAL usia empat tahun, Natasha Onn, 14, sudah boleh memukul bola golf dengan begitu bertenaga. Potensi itu disedari ayahnya, Samuel Oon, 52, dan bakat semula jadi anak itu diasah sehingga dikenali sebagai antara pemain golf berbakat dan termuda negara. Buktinya, Natasha kini sudah merangkul pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Berikutan kecemerlangan dalam akademik dan bidang kesukanan dipelopori, beliau mendapat tajaan Yayasan Sime Darby, Pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka di Damansara ini bertuah kerana pernah menjalani latihan di Institut Golf Tim Shreedy, Florida, Amerika Syarikat. Amat membanggakan, daripada 20 kejohanan disertainya, 10 kemenangan berjaya digondol. Pada Mei tahun lalu, beliau dicalonkan sebagai atlit tahunan oleh Majlis Sukan Negara dan menjuarai Junior Honda Classics 2016 di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut merangkul kejuaraan, The Callaway Junior World dan The World Junior Masters. Gadis tinggi lampai ini aktif dalam...