Langkau ke kandungan utama

Punca Bermulanya Minat Sukan Golf Pada Anak-Anak Saya



6 tahun dahulu saya tinggal di sebuah condo di Shah Alam. Untuk masuk ke condo ini, saya perlu melalui sebuah padang golf yang cantik dan luas. Selalu juga saya dan anak-anak saya melihat kelibat mereka yang bermain golf disana.

Mungkin kerana selalu melihat padang ini setiap kali melaluinya, satu hari, anak lelaki saya, Darwish meminta untuk dibawa masuk ke padang yang rumputnya rapi dan terjaga itu. Padang golf ini tidak berpagar. Jika diikutkan, apa yang perlu saya lakukan adalah berhentikan kereta dan melangkah satu longkang kecil dan kami sudah boleh menjejakkan kaki di padang golf itu. Namun saya tidak endahkannya. Lagi pula saya rasa seperti ianya tidak selamat untuk berhenti di tepi jalan begitu.

Mungkin kerana gagal memujuk saya, dia menyatakan hasratnya pada suami saya pula. Apa lagi, suami saya yang minat sukan ini bukan saja membawanya masuk ke kelab golf itu untuk memijak rumput-rumputnya, malah hari itu menjadi hari pertama dia mencuba sukan ini di driving range.

Dia tiada peralatan golf yang sesuai dengan usianya ketika itu. Dia memakai kepunyaan suami saya untuk memukul bola golf tersebut. Dari hari tersebut, setiap hari dia akan meminta suami saya membawanya ke driving range untuk memukul bola lagi.

Pada ketika ini, saya sudah mula memujuknya untuk mencuba sukan lain iaitu bolasepak atau badminton. Alasan saya adalah, jika bola menjadi minatnya, setiap petang dia boleh pergi bermain di padang bersama kawannya seperti yang dilakukaknnya setiap hari sebelum itu. Jika golf, dia perlu bergantung pada orang lain untuk menghantarnya ke driving range dan saya bukanlah selalu punya masa untuk itu.

Saya akui ketika ini saya sangat negatif dengan sukan ini. Saya berharap ianya hanya minat sementara sahaja. Maklumlah ianya sesuatu yang baru.  Saya fikir dengan memberi pelbagai alasan dan selalu tidak mengendahkan kehendaknya untuk berlatih di driving range akan mematikan minatnya itu. Tapi saya silap. Setiap kali dia berpeluang untuk berlatih, dia akan berlatih berjam-jam dan tidak mahu balik. Katanya, ini kerana dia tidak tahu bila lagi dia akan berpeluang untuk berlatih lagi selepas ini.

Ini buat saya berbincang secara serius dengan suami. Apa yang saya jangkakan tidak berlaku. Saya  tidak nampak kebaikkan sukan ini berbanding sukan lain. Kita perlu lakukan sesuatu supaya minatnya berubah. Tambahan pula, saya perlu mengeluarkan RM8 untuk setiap 100 bola latihan setiap kali dia berlatih. Lama juga suami saya mendiamkan diri dan akhirnya dia berkata kebaikkannya adalah ia akan membantu mereka untuk mendapatkan biasiswa penuh samada mahu belajar dalam negeri atau di luar negara.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyokong minat anak saya ini. Anak yang berminat adalah Darwish. Darwisya pula tidak kelihatan seperti berminat. Tetapi, jika saya telah membuat keputusan, saya akan buat supaya kedua-duanya sama terlibat supaya masa dan tenaga saya dapat dijimatkan. Untungnya, Darwisya adalah seorang anak yang ikut cakap. Dia akur sahaja. Saya tahu minatnya adalah menunggang kuda lebih dari golf. Tetapi sumber masa, tenaga dan wang yang terhad, dia bersetuju untuk ke bidang baru ini bersama-sama Darwish.

Itulah kisah punca bermulanya sukan golf pada anak-anak saya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BLOG PERJALANAN HOMESCHOOL KAMI DENGAN OBJEKTIF MEMBINA POTENSI ANAK

Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...

Golf & Peluang Biasiswa Untuk Pelajaran Anak

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : 1.1 45 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Pertama 1.3 25 tahun  bagi pengajian di peringkat  Diploma ...

Bermula Pada Umur 4 tahun - Natasha Onn

SEAWAL usia empat tahun, Natasha Onn, 14, sudah boleh memukul bola golf dengan begitu bertenaga. Potensi itu disedari ayahnya, Samuel Oon, 52, dan bakat semula jadi anak itu diasah sehingga dikenali sebagai antara pemain golf berbakat dan termuda negara. Buktinya, Natasha kini sudah merangkul pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Berikutan kecemerlangan dalam akademik dan bidang kesukanan dipelopori, beliau mendapat tajaan Yayasan Sime Darby, Pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka di Damansara ini bertuah kerana pernah menjalani latihan di Institut Golf Tim Shreedy, Florida, Amerika Syarikat. Amat membanggakan, daripada 20 kejohanan disertainya, 10 kemenangan berjaya digondol. Pada Mei tahun lalu, beliau dicalonkan sebagai atlit tahunan oleh Majlis Sukan Negara dan menjuarai Junior Honda Classics 2016 di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut merangkul kejuaraan, The Callaway Junior World dan The World Junior Masters. Gadis tinggi lampai ini aktif dalam...