Langkau ke kandungan utama

Anak Saya Bermula Dari Tempat Paling Belakang

Oleh kerana mereka baru setahun jagung dalam bidang ini berbanding dengan orang lain yang telah lebih 5 tahun, beginilah keputusan mereka. Dapat tempat pertama dari belakang. Boleh lihat keputusan mereka di imej paling bawah.

Tournament ini sebenarnya di cadangkan oleh coach golf mereka. Saya telah katakan anak saya tidak bersedia. Beberapa kali sudah saya menolak. Dia pula memberi pelbagai alasan. Akhirnya saya katakan pada anak saya, jika mahu masuk bertanding ada syaratnya. Jika setuju, mama benarkan. Syaratnya adalah.. bersedia untuk jadi yang terakhir. Adakah itu satu doa? Mungkin juga. 

Saya berkata begitu kerana saya tidak mahu mereka tertekan. Saya mahu mereka faham bahawa saya tidak meletakkan apa-apa jangkaan terhadap mereka. Saya mahu mereka tahu bahawa kita pergi hanya untuk pendedahan. Untuk sesuatu yang sangat berharga iaitu.. pengalaman. Semasa hari pertandingan yang berlangsung 3 hari, saya dan suami berada disana bersama mereka. 

Setelah keputusan tertera di papan putih, kedua-duanya termenung. Saya fikir mungkin kerana keletihan bertanding. Rupanya sampai di bilik hotel tempat kami menginap, Darwish menangis. Saya sudah jangkakan ini akan berlaku. Dia mahu berlatih lagi. Tapi saya kata badannya tentu keletihan dan dia perlu rehat. Maka.. lagi dalam tangisannya itu. Darwisya pula agak 'cool'. Namun dia tidak berkata apa-apa setelah itu. 

Dalam perjalanan pulang, saya dan suami cuba memujuk Darwish dengan pelbagai kata-kata semangat. Kedua-duanya kami beri kata-kata motivasi dan kami rancang bersama-sama apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki mutu permainan mereka selepas ini. Alhamdulillah, sesi kaunseling kami itu akhirnya berjaya mengubat kakekecewaan Darwish pada hari itu.

Adakah permainan mereka akan lebih baik di masa akan datang? Itulah yang saya ingin rekodkan di blog ini. Saya perlu ingat, jika anak saya berlatih, anak orang lain juga berlatih. Anak saya akan sentiasa mempunyai jarak perbezaan 5 tahun kurang pengalaman dari mereka. Dan saya ingin menebus kekurangan anak saya itu dengan memberi komitmen dan pengorbanan yang lebih dari ibu lain. Wallahualam.




Keputusan Darwisya Adrianna


Keputusan Darwish Adrian


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BLOG PERJALANAN HOMESCHOOL KAMI DENGAN OBJEKTIF MEMBINA POTENSI ANAK

Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...

Golf & Peluang Biasiswa Untuk Pelajaran Anak

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : 1.1 45 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Pertama 1.3 25 tahun  bagi pengajian di peringkat  Diploma ...

Bermula Pada Umur 4 tahun - Natasha Onn

SEAWAL usia empat tahun, Natasha Onn, 14, sudah boleh memukul bola golf dengan begitu bertenaga. Potensi itu disedari ayahnya, Samuel Oon, 52, dan bakat semula jadi anak itu diasah sehingga dikenali sebagai antara pemain golf berbakat dan termuda negara. Buktinya, Natasha kini sudah merangkul pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Berikutan kecemerlangan dalam akademik dan bidang kesukanan dipelopori, beliau mendapat tajaan Yayasan Sime Darby, Pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka di Damansara ini bertuah kerana pernah menjalani latihan di Institut Golf Tim Shreedy, Florida, Amerika Syarikat. Amat membanggakan, daripada 20 kejohanan disertainya, 10 kemenangan berjaya digondol. Pada Mei tahun lalu, beliau dicalonkan sebagai atlit tahunan oleh Majlis Sukan Negara dan menjuarai Junior Honda Classics 2016 di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut merangkul kejuaraan, The Callaway Junior World dan The World Junior Masters. Gadis tinggi lampai ini aktif dalam...