Langkau ke kandungan utama

Bermula pada umur 5 tahun - Alya Afza Hazari


ALYA Afza Hazari bersemangat untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain nombor satu remaja wanita dunia. - Foto Amran Hamid

Impian Alya tinggi menggunung

KUALA LUMPUR: Pemain cilik, Alya Afza Hazari, 11, kini memasang impian besar untuk muncul pemain golf nombor satu remaja wanita dunia dalam tempoh empat tahun akan datang.
Murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Lama Sungai Petani, Kedah itu juga mahu mengejar impiannya untuk beraksi dalam siri Jelajah LPGA suatu hari nanti.
Bintang cilik berasal dari Alor Setar itu makin bersemangat untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain nombor satu remaja wanita dunia selepas dia berjaya muncul juara Sirkit Golf Remaja SportExcel Malaysia tahun ini.
"Bagaimanapun, matlamat utama saya sekarang adalah untuk memperbaiki kedudukan dan muncul juara di Kejohanan Golf Kanak-Kanak Dunia anjuran US Kids Golf di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, bulan depan.
"Oleh itu saya berharap dapat menggunakan segala pengalaman dan ilmu yang dicurahkan jurulatih selama ini untuk muncul juara di Kejohanan Golf Kanak-Kanak Dunia nanti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
ALYA Afza Hazari muncul pemenang pertandingan kejohanan Asia-Pacific di Glenmarie Golgf and Country Club. - Foto Muhammad Sulaiman
Malah, sepanjang musim lalu saja pemain cilik itu sudah menjulang hampir empat kejuaraan di peringkat domestik selain yang terbaru kejayaan mendominasi saingan Remaja TPC dan Sirkit Golf Remaja SportExcel Malaysia di Kuala Lumpur pada Januari dan Mac lalu.
Bagaimanapun, menurut Alya, dia tidak pernah berasa terganggu dan penat untuk berlatih biarpun sibuk dengan belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Jadi tidak hairanlah jika Alya boleh meluangkan masa lebih 15 jam seminggu atau sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk menjalani latihan golf selepas waktu sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BLOG PERJALANAN HOMESCHOOL KAMI DENGAN OBJEKTIF MEMBINA POTENSI ANAK

Blog ini adalah untuk bacaan sesiapa yang berminat melihat sejauh mana potensi anak-anak kita boleh dikembangkan. Teorinya adalah.. potensi terpendam pada anak akan terselah dan impian mereka akan tercapai jika ibubapa sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Ianya saya aplikasikan pada anak-anak saya dalam usaha mereka mempelajari sukan golf yang mempunyai saingan yang agak sengit ketika ini. Kekurangan anak saya adalah mereka bermula lewat, iaitu pada usia mereka 8 dan 10 tahun. Mereka jauh ketinggalan dibelakang berbanding anak-anak lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama sejak umur mereka 3-5 tahun lagi. Dengan ilmu dan kewangan yang terhad untuk bidang ini, adakah mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka cita-citakan ini? Wallahualam. Jika teori ini benar terbukti berjaya satu hari nanti, saya berharap supaya ia boleh jadi pencetus untuk lebih ramai ibubapa melibatkan diri mereka dengan anak-anak untuk bersama-sama membentuk masa depan dan membantu mereka me...

Golf & Peluang Biasiswa Untuk Pelajaran Anak

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan : 1.1 45 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun  bagi pengajian di peringkat  Ijazah Pertama 1.3 25 tahun  bagi pengajian di peringkat  Diploma ...

Bermula Pada Umur 4 tahun - Natasha Onn

SEAWAL usia empat tahun, Natasha Onn, 14, sudah boleh memukul bola golf dengan begitu bertenaga. Potensi itu disedari ayahnya, Samuel Oon, 52, dan bakat semula jadi anak itu diasah sehingga dikenali sebagai antara pemain golf berbakat dan termuda negara. Buktinya, Natasha kini sudah merangkul pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Berikutan kecemerlangan dalam akademik dan bidang kesukanan dipelopori, beliau mendapat tajaan Yayasan Sime Darby, Pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka di Damansara ini bertuah kerana pernah menjalani latihan di Institut Golf Tim Shreedy, Florida, Amerika Syarikat. Amat membanggakan, daripada 20 kejohanan disertainya, 10 kemenangan berjaya digondol. Pada Mei tahun lalu, beliau dicalonkan sebagai atlit tahunan oleh Majlis Sukan Negara dan menjuarai Junior Honda Classics 2016 di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau turut merangkul kejuaraan, The Callaway Junior World dan The World Junior Masters. Gadis tinggi lampai ini aktif dalam...